Monday, August 15

Ramadhan 15


Doa harian – 15 Ramadan
Yaa Allah! Berilah aku rezki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku
dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk
orang-orang yang takut.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Sunday, August 14

Ramadhan 14


Doa harian – 14 Ramadan
Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari
kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan
malapetaka dengan kemualiaan-MU, Wahai Kemuliaan kaum Muslimin.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Saturday, August 13

Ramadhan 13


Doa harian – 13 Ramadan
Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima
segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang
yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Friday, August 12

Ramadhan 12


Doa harian – 12 Ramadan
Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan
kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang
aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Thursday, August 11

Ramadhan 11


Doa harian – 11 Ramadan
Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam
diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api
neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas 
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Wednesday, August 10

Ramadhan 10


Doa hari – 10
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku
diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat
kepada-MU dengan ihsan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Tuesday, August 9

Ramadhan 9


Doa harian – 9 Ramadan
Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk
kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh
dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Monday, August 8

Ramadhan 8

Doa harian – 8 Ramadan
Yaa Allah! Berilah aku rezki berupa kasih sayang tenhadap anak-anak yatim dan pemberian makan,
serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai
tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Sunday, August 7

Ramadhan 7

Doa harian – 7 Ramadan
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari
kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-MU secara
berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Saturday, August 6

Ramadhan 6

Doa harian – 6 Ramadan
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah
Engkau pukul aku dengan cemeti balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat
menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh 
Seolah-olah ia dapat bertemu 
dengan Nabi Musa a.s serta 
menolong Nabi itu menentang 
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Friday, August 5

Ramadhan 5

Doa harian – 5 Ramadan
Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku
sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-
MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.



Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan 
kepadanya pahala seumpama pahala 
malaikat-malaikat yang bertawaf di 
Baitul Makmur serta setiap batu dan 
tanah berdoa untuk keampunan 
orang-orang yang mengerjakan 
tarawih malam itu.

Thursday, August 4

4 Ramadhan

Doa Harian - 4 Ramadan

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.



Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah S.W.T akan mengurniakan 
pahala seumpama pahala orang-orang 
yang mengerjakan 
sembahyang di Masjidil Haram, 
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Wednesday, August 3

Ramadhan 3

Doa hari – 3 Ramadhan
Yaa Allah! Berikanlah aku rezki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan
kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-
MU, Wahai zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Tuesday, August 2

Ramadhan 2

Doa hari – 2 Ramadan
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-
MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha
Pengasih dari semua Pengasih!!

Monday, August 1

Persiapan Kehidupan

1 Ramadan,,
Alhamdulillah-Too Phat ft Yassin & Ahli Fiqir,, 'Hidup ini penuh rintangan, ku harus hadapinya',,
Antara lirik dalam lagu nie time part Joe Flizzow,, Time aku nak wat entry nie lagu tu tengah kuar kat TV9-Dekat Di Hati,, =P Lagu nie macam ada kaitan dengan entry aku kali nie,,
Kita memang tak dapat duga apa  yang akan jadi pada masa hadapan kita,, So, for those yang ada persiapan tuk hadapi apa jua yang jadi, aku tumpang gembira wat diorang,, Apa pun yang jadi diorang mesti dapat tempuh & hadapinya dengan tenang,, Tapi pada yang tak ada wat apa-apa persiapan, just berseronok & leka dengan keadaan sekarang, aku harap golongan nie berfikir sejenak tuk circumstances that they never expect happen later,,
Hari nie banyak benda yang aku dapat belajar & ingatkan aku tuk wat persiapan dalam hadapi liku-liku dalam hidup nie,, Nampak macam jiwang tapi itulah hakikat dia,, Dengan tidak ada persiapan, pergaduhan, persengketaan, kesulitan, kekurangan, desakan & macam-macam lagi perkara negatif buleh jadi,,
So, tuk diri kita yang masih muda nie, jangan jadikan ianya sebagai alasan tuk kita abaikan persiapan tuk masa depan kita,, Sebabnya kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan juga yang menentukan & merencanakan kehidupan kita ini,,


Doa hari – 1 Ramadan
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah
malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku
dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!! ampunilah
aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.